
1-3 Mac 2011- Pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Borneo 2011 telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah anjuran Sekolah Pendidikan UMS bertempat di Dewan Canselor. Pertandingan ini melibatkan semua IPTA, IPTS dan IPG di Sabah dan Sarawak.IPG Kampus Keningau telah menghantar Saudara M.Hafizuddin dan Saudari Norkumaladewi bin Muhammad Opsyen PISMP B.Melayu Semester 5. Cabutan pertandingan kali ini adalah berbeza kerana peserta dikehendaki mencabut dua jenis lagu(bacaan al Quran) iaitu bagi saudara M.Hafizuddin ialah lagu Rast dan Sikah manakala Saudari Norkumaladewi ialah lagu Sikah dan Jahikah manakala ayat bacaan adalah bebas. Saudara M.Hafizuddin mendapat cabutan undian ke 13 daripada 18 peserta manakala saudari Norkumaladewi adalah peserta 14 dari 18. Saudari Norkumaladewi pernah mewakili IPG peringkat Kebangsaan. Beliau juga pernah mewakili Sekolah Kebangssan Agama Majlis Islam Sarawak Sri Aman ke Peringkat. Di peringkat SMK (A) Tun Ahmad Zaidi Kuching di peringkat Bahagian. Kedua-dua wakil mendapat tempat sagu hati dengan memperolehi sijil penyertaan. Cuba lagi pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment