Thursday 11 August 2011

Ibadah ke arah kejayaan

SANTAPAN MINDA Oleh Dr. Ismail Zain

Bila kita menyebut perkataan ibadah maka sudah tentu ia meliputi usaha bakti yang dilakukan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.   Di dunia kita dituntut mencari ilmu sebagai persiapan mendapat rezeki yang halal. Mmanakala untuk kebahagiaan di akhirat kita diwajib mengerjakan segala perintah Allah termasuklah mengerjakan amalan puasa di bulan Ramadan yang mulia ini.

Sebagai seorang murid kita harus memenuhi kedua-dua keperluan ini di di dunia dan di akhirat.  Anda tidak harus memberi alasan bahawa di bulan Ramadan ini proses pembelajaran tidak dapat dilakukan kerana keletihan.  Sedangkan mencari ilmu itu adalah sebahagian daripada ibadah yang seharusnya kita lakukan.

Dalam hal ini setiap murid harus bersedia mengatur langkah untuk beribadah untuk kebahagian dunia dan kebahagiaan di akhirat di bulan Ramadan ini dengan lebih sempurna. 
Jadual rutin seperti belajar di sekolah, menghadiri kelas tambahan dan mengulang kaji di rumah harus diteruskan macam biasa kecuali memerlukan sedikit perubahan masa. 
Manakala kewajipan kita sebagai seorang Ialam yang seharusnya memperbanyakkan amalan  di bulan Ramadan ini janganlah diabaikan, malah perlu dilipat gandakan.

Seperti yang telah tersedia maklum bulan puasa ini sudah tentu terdapat banyak  cabaran.  Hanya mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah mampu menempuh cabaran ini dengan rasa lega dan bangga diri. 

Manalaka mereka yang tidak sanggup menerima cabaran ini akan terjerumus ke dalam lembah kehinaan.  Sesungguhnya manusia ini akan menjadi hina jika ia tidak mempunyai ilmu dunia dan akhirat.

Seperti yang dijanjikan olah Allah setiap kebajikan yang dilakukan di bulan Ramadan ini akan dilipat gandakan pahalanya kepada kita, maka seharusnya ia menjadi satu motivasi kepada murid-murid untuk tidak melepaskan peluang membuat kebajikan sebanyak mungkin.  Belajar dengan sepenuh hati tanpa dipaksa merupakan salah satu kebajikan dan diharapkan semoga Allah akan memberi kita ganjaran yang sewajarnya.

Menyedari hakikat ini setiap murid haruslah mengambil peluang untuk belajar bersungguh-sungguh  tanpa memberi alasan yang boleh melemahkan diri sendiri.  Untuk memudahkan proses belajar ini, murid-murid harus mempunyai  jadual belajar yang sistematik,  dan tersusun.  

Berikan ruang untuk beribadah di waktu malam seperti menhadiri masjid atau surau untuk sembahayang sunat terawikh  serta juga bangun pada waktu malam untuk mengerjakan ibadah qiamullial yang mempunyai terlalu banyak hikmahnya.

Janganlah disebabkan sedikit cabaran yang kita hadapi ini dijadikan satu alasan untuk berehat atau tidak mengerjakan segala tugas harian kita.

Semoga segala usaha yang kita lakukan ini direstui Allah dan digandakan ganjaran serta diberikan kejayaan sepertimana yang kita inginkan. 


reff:http://www.adap.com.my
Read more ...

Zakat sucikan diri, tingkat daya saing ekonomi

KEFARDUAN mengeluarkan zakat fitrah pada Ramadan adalah bukti bahawa umat Islam perlu hidup bertolak ansur dan bersatu padu tanpa membezakan status ekonomi, keturunan, pendidikan dan kadar ketakwaan.

Perkara ini seiring dengan fungsinya untuk meningkatkan daya saing ekonomi kaum dua'fa (orang lemah).

Mereka ialah fakir, orang miskin, amil yang menguruskan zakat, mualaf yang dijinakkan hatinya, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang berhutang, untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang dalam perjalanan.

Dengan zakat itu dapat merapatkan jurang pendapatan antara orang kaya dan miskin.

Zakat fitrah diwajibkan pada Ramadan kerana Allah memberi keistimewaan kepada Ramadan sebagai bulan toleransi dan perpaduan antara kaya dan miskin.

Orang kaya difardukan berpuasa bagi membolehkan mereka berasa keperitan hidup orang miskin apabila menahan lapar dan dahaga kerana ketidakmampuan memenuhi hajat hidup.

Dengan itu, akan timbul kesedaran dan rasa simpati terhadap keperitan hidup orang miskin. Rasa simpati ini dibuktikan dengan kesediaan mereka membayar zakat fitrah.

Zakat fitrah juga berfungsi membersihkan jiwa pembayar serta menimbulkan nilai toleransi dan perpaduan orang kaya terhadap orang miskin.

Hakikatnya, zakat berfungsi sebagai amalan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah hingga menjauhkan manusia daripada sifat mencintai dunia secara berlebihan dan melupakan hari akhirat.

Hikmatnya zakat juga dapat menyucikan diri orang yang berpuasa kerana ada kemungkinan dirinya itu mengalami kesan kelalaian, kerosakan puasanya.

Begitu juga dia akan mengelakkan orang fakir dan miskin daripada meminta-minta pada hari raya.

Ibnu Abbas berkata yang bermaksud: "Rasulullah telah memfardukan zakat fitrah sebagai menyucikan orang yang berpuasa daripada sia-sia dan kerosakan untuk menjadi makanan pada orang miskin."

Bagaimanapun, masih ada umat Islam yang mengambil mudah kewajipan berzakat fitrah. Mereka terlupa mengeluarkannya hingga tiba Aidilfitri.

Mengikut syarak, zakat fitrah perlu dilakukan sepanjang Ramadan manakala hukumnya menjadi haram selepas solat Aidilfitri.

Perkara ini ada disebut Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud: "Zakat fitrah itu dibuat bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada percakapan yang sia-sia dan kotor dan makanan bagi orang miskin.

"Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat Aidilfitri, maka itulah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang membayar zakatnya sesudah solat, maka itu adalah sedekah biasa saja." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Berdasarkan hadis ini, janganlah kita berlengah untuk berzakat fitrah. Ingatkanlah ahli keluarga dan rakan supaya ibadat yang difardukan setahun sekali ini dapat dilakukan tepat pada masanya.

Zakat fitrah adalah tuntutan yang wajib ditunaikan apabila seseorang memenuhi syaratnya. Perkara ini berdasarkan hadis bermaksud: "Rasulullah memfardukan zakat fitrah pada Ramadan segantang tamar atau segantang gandum atas orang Islam sama ada hamba sahaya atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar."

Hukum mengeluarkan zakat fitrah turut diperuntukkan dalam enakmen setiap negeri ketika ini. Berdasarkan seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah berkaitan zakat fitrah, dijelaskan: "Mana-mana orang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi:

(a) Enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu; atau

(b) Enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya."

Seksyen ini menggariskan bahawa menjadi kesalahan apabila seseorang gagal atau enggan menyempurnakan kewajipan zakat fitrah. Sesungguhnya, peruntukan ini terpakai kepada sesiapa saja yang enggan membayar zakat fitrah sedangkan dirinya cukup syarat.

Sesungguhnya, Islam seseorang belum lagi sempurna jika tidak mengeluarkan zakat.

Setiap Muslim hendaklah mengeluarkannya dengan hati terbuka, ikhlas dan bukannya berasakan ia adalah satu paksaan.
Read more ...

Tanda kedatangan Lailatul Qadar

LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Perkara ini sesuai dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh.”

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud: “Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan.”

Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.

Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-

Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan;

Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;

Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu;

Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);

Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;

Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;

Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan

Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;

Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:

Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah;

Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan;

Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka; dan

Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Read more ...

Sunday 7 August 2011

Selamat Hari Merdeka

Malaysia
Read more ...

Monday 1 August 2011

SELAMAT BERPUASA - 2011

Saya dan seluruh ahli keluarga  mengucapkan selamat beribadah di dalam bulan Ramadhan ini, semoga amalan terus dilakukan dengan keikhlasan.
Sesungguhnya, segala amalan itu akan diberikan ganjaran pahala, tetapi bagi orang yang beriman, bukan pahala itu yang menjadi matlamat, tetapi keredhaan Allah itu yang diutamakan.
Read more ...

Friday 29 July 2011

Enter aje! tingkat penggunaan PC, internet.





PRAKASH Mallya (kiri) bersama pelajar SMK Sri Mahkota menunjukkan isyarat bagus selepas menggunakan kemudahan di dalam trak Enter Aje! di Melaka, baru-baru ini.



BERDASARKAN kajian Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM), kurang pengetahuan untuk menggunakan komputer (PC) dan Internet menjadi faktor utama yang menghalang golongan kurang berkemampuan menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Kajian tersebut melibatkan 1,020 responden daripada 552 isi rumah mewakili pelbagai kelompok kurang berkemampuan di Malaysia.  Sebanyak 42 peratus responden menyatakan mereka tidak menggunakan PC kerana tidak tahu menggunakannya. Begitu juga dengan 48 peratus responden yang sama menyatakan bahawa mereka tidak tahu menggunakan atau memanfaatkan kelebihan Internet.

 
Menurut Pengurus Jualan dan Pemasaran Intel Malaysia, Prakash Mallya, dapatan kajian itu merupakan bukti bahawa sebahagian besar golongan kurang berkemampuan tidak dapat melihat kepentingan penggunaan PC dan Internet dalam kehidupan seharian mereka.

 
Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya setiap warga Malaysia ingin menyumbang secara aktif dalam ekonomi berasaskan pengetahuan maka lebih ramai rakyat yang perlu mendapat capaian kepada peralatan ICT untuk menghubungkan mereka kepada dunia INternet.

 
"Melalui kempen  Enter Aje!, Intel dengan rakan ekosistemnya komited untuk meningkatkan kesedaran tentang ICT, menggalakkan penggunaan PC dan faedahnya kepada golongan kurang berkemampuan," katanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Melaka baru-baru ini.
Kempen selama enam bulan ke seluruh negara ini disasarkan kepada 150,000 penduduk kurang berkemampuan yang melibatkan jelajah ke 55 bandar di 12 negeri.
Inisiatif  yang disokong oleh rakan kerjasama ekosistem Intel seperti Toshiba, Lenovo, HP, Acer, Samsung, Asus, Celcom, P1 dan YTL Communications ini akan mempamerkan faedah praktikal ICT kepada pengguna.
Semasa kempen berlangsung, pengunjung hanya perlu masuk ke trak yang disediakan dan menerokai kehebatan PC dalam membantu menyelesaikan tugas dan aktiviti harian mereka. 

 
Hal ini termasuk capaian kepada berita; maklumat umum dan hiburan dari Internet; mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran; automasi transaksi perniagaan; dan menyelia perdagangan bagi pengendali perusahaan kecil.
Trak ini akan pergi ke pelbagai lokasi termasuk 40 sekolah, 25 pusat jalur lebar setempat dan pusat membeli-belah di seluruh negara.

 
Terdahulu, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad ketika merasmikan pelancaran kempen  Enter Aje! berkata, inisiatif tersebut akan membantu memacu pembangunan ekonomi dan meningkatkan kadar penggunaan ICT.

 
"Saya yakin inisiatif ini akan mencapai matlamatnya dan mampu mempercepatkan kadar penggunaan PC dan Internet di seluruh negara," katanya.
Selain aktiviti di lapangan, kempen Enter Aje! turut mengadakan pertandingan atas talian dan pelbagai aktiviti lain sepanjang tempoh enam bulan untuk menggalakkan penyertaan komuniti kurang berkemampuan.


ref: http://www.adap.com.my/
Read more ...

Monday 11 July 2011

BIG MENTERJEMAHKAN SEMBILAN CIRI PENTING SEORANG GURU


Sembilan ciri penting seorang guru mampu diterjemahkan melalui aktiviti yang terkandung dalam program Bina Insan Guru. Ciri yang dimaksudkan ialah: respons positif terhadap persekitaran; bertindak menggunakan ilmu dan kemahiran; menghayati ciri kerohanian, nilai etika dan akhlak guru; membina mentaliti positif terhadap kerjaya guru; mampu mengurus diri, tahap kendiri tinggi; menyelesai masalah dan membuat keputusan; daya tahan emosi, jasmani, rohani dan sosial; kerjasama serta tanggungjawab; dan berfikir reflektif dan kritis.  
 
Demikianlah rumusan  refleksi yang dikemukakan oleh para pelajar program BIG yang berakhir pada  9 Julai  2011 bertempat di PULAKO, IPG Kampus Keningau. Program yang dirasmikan oleh Puan Penny Lim pada 6 Julai 2011 itu melibatkan 33 pelajar KPLI ambilan 2011 dan seorang pelajar PISMP.
Read more ...

Wednesday 29 June 2011

BENGKEL APLIKASI KAEDAH BAGHDADI DALAM P&P PENDIDIKAN AL-QURAN


Pada 3 Jun 2011 yang lalu , satu bengkel Aplikasi Kaedah Baghdadi Dalam P&P Pendidikan Al-Quran telah diadakan. Program ini dikendalikan oleh Al Fadhil Ustaz Ghazali Sabin, pegawai agama Universiti Malaysia Sabah. 

Semua pelatih KPLI j-QAF ambilan Januari 2011 telah mengikuti bengkel ini yang  merupakan program kendalian JAPIM IPG Kampus Keningau. Turut serta dalam bengkel ini ialah para pensyarah JAPIM. Bengkel ini telah diadakan di bilik Kuliah Sabur, bermula jam 830 malam. Program bermula dengan ucapan aluan Ustaz Mohd Rusli Ismail, penyelaras KPLI j-QAF, kemudian diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ghazali Sabin.

Bengkel diteruskan dengan praktik kaedah baghdadi dengan bimbingan penceramah. Antara yang menarik di dalam kaedah ini ialah teknik menggunakan alat pengetuk ketika sesi P&P yang mana sesi pembelajaran menjadi lebih menarik dan pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan mudah terutamanya tentang sebutan panjag pendek  di dalam al-quran. Bengkel ini memberikan input yang sangat bermanfaat kepada pelatih dalam melaksanakan aktiviti P&P Pendidikan Al-Quran di sekolah.
Read more ...

BILIK DARJAH ADALAH DUNIA MURID


“Guru perlu kreatif mewujudkan suasana pembelajaran  yang berkaitan dengan dunia murid, ini dapat dilakukan dengan menyediakan aktiviti yang sesuai dan bermakna dalam  lingkungan mereka”, demikian menurut Bapak Romy  Cahyadi dalam  kertas kerjanya bertajuk Educating For 21th Century Students pada Konferens Guru Sabah ke-3  di IPG Kampus Keningau.  Konferens  anjuran  bersama IPG Kampus Keningau dan ProVisi  Education, Jakarta itu turut menyaksikan tiga lagi kertas kerja  iaitu Tips for Class Control oleh  Datin Amy-Jean Yee, Pengurusan Bilik Darjah oleh Puan Siti Aisa Haji Maidin dan Guru Luar Biasa oleh Encik Baharom bin Mohd Noor.
Lebih kurang  250 peserta hadir yang terdiri daripada guru-guru, pegawai-pegawai pelajaran, pengetua, guru besar, pensyarah, ahli NGO dan para pelatih IPG kampus Keningau.  Terdahulu dari itu, Encik Raisin bin Saidin, Pegawai Pelajaran Daerah Keningau dalam ucaptamanya  yang bertajuk The Profesional Teacher menggariskan dasar-dasar pendidikan negara mutakhir ini serta tuntutan sebagai guru profesional. Pada sebelah petang pula diadakan  forum yang dipengerusikan oleh Puan Kathryn Rivai, Education Consultant, ProVisi Education dan ahli panel yang terdiri daripada pembentang kertas kerja.  Puan Penny Lim@Lim Sai Kiow, Pengarah IPG Kampus Keningau dalam ucapan penutupannya menyeru para peserta menjadikan wacana ilmiah itu sebagai landasan terbaik berkongsi pengalaman dalam meningkatkan kualiti diri serta amalan di bilik darjah.
Read more ...

Wednesday 22 June 2011

KELUARGA BAHARU IPG KAMPUS KENINGAU


Seramai 75 orang  mendaftar  sebagai pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)  di IPG Kampus Keningau pada 20 Jun 2011.  
 
Tiga opsyen yang ditawarkan iaitu Pendidikan Bahasa Melayu (SJKC), Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua.  Proses pendaftaran yang bermula pada jam 8 pagi  itu berjalan lancar dan disusuli dengan sesi taklimat bersama ibu bapa dan penjaga.   
 
Puan Penny Lim, Pengarah IPG Kampus Keningau dalam ucapan alu-aluannya menyeru para ibu bapa agar terus bekerjasama dengan pihak IPG bagi memastikan peluang  latihan keguruan di institut dapat dimanfaatkan.
Read more ...

Saturday 18 June 2011

34 Tips Pelajar Cemerlang


1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'
2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang.
Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.
3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.
5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi.
Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.
6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'
7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?
8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
9. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
10. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
11. Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.
12. Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
13. Berbncang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
14. Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
15. Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.
16. Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.
17. Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.
18. Menonton rangcangan yang sesuai
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan berita semasa.
19. Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya.
Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.
20. Sediakan jadual waktu
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif.
Jadual ini mestilah dipatuhi.
21. Sertai ceramah motivasi
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
22. Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin menerima pelbagai tips dan petua berguna.
23. Beli buku rujukan
Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
24. Masuk kelas tuisyen
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
25. Lawatan ke pameran buku
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang najis... (fikirlah sendiri)
26. Sertai kokurikulum sekolah
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab.
27. Sanggup manghadapi cabaran
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.
28. Jaga keselamatan diri
Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
29. Jaga kesihatan fizikal
Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
30. Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
31. Malu bertanya sesat jalan
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
32. Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
33. Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
34. Tawakkal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

reff: http://www.adap.com.my
Read more ...

Tuesday 14 June 2011

Kaedah belajar secara kumpulan

SANTAPAN MINDA oleh Dr. Ismail Zain BELAJAR secara kumpulan adalah salah satu kaedah belajar yang mampu mengurangkan rasa bosan tetapi menguatkan daya ingatan. Murid-murid yang berada di asrama umpamanya perlulah memanfaatkan kaedah ini kerana mereka lebih berpeluang berada dalam kumpulan sama ada pada waktu petang atau malam semasa menghadiri kelas persediaaan.
Kebanyakan murid menganggap belajar secara kumpulan ini merugikan masa atau tidak mampu memberi tumpuan. Sebenarnya belajar secara kumpulan memerlukan perancangan yang rapi serta kerjasama yang erat daripada anggota kumpulan. 
Berikut diberi beberapa panduan belajar secara kumpulan. 
Jumlah anggota kumpulan Seeloknya jumlah anggota kumpulan adalah antara 3 hingga ke 5 orang sahaja. Jika terlalu ramai interaksi tidak dapat dijalankan secara berkesan dan ianya memakan masa yang lama. 

Topik pembelajaran Setiap anggota kumpulan perlulah mempunyai kata sepakat tentang topik yang menjadi pilihan mereka untuk belajar dalam kumpulan. Topik tersebut perlulah dibaca dan dikaji dahulu sebelum hadir untuk sesi tersebut.  

Kaedah pembelajaran Pecahan topik: Setiap anggota kumpulan perlulah mempunyai tugas untuk menganalisis topik mengikut pembahagian dan pecahan topik.

Analisis: Setiap anggota kumpulan perlulah menganalisis tugas yang diberikan dengan cara membuat catatan ringkas, rajah, peta minda atau pengurusan grafik. Sebarang keraguan yang terdapat sewaktu proses menganalisis dijalankan perlulah diambil perhatian agar perkara ini dapat dikemukakan kepada anggota lain untuk membantu ke arah penyelesaian.

Persembahan: Setiap anggota kumpulan perlulah mempersembahkan tugasan mereka secara tidak formal dan bergilir-gilir. Persembahan perlulah dibuat secara jelas dengan menggunakan bahasa yang mudah tetapi mengekalkan sebutan istilah-istilah yang tertentu dan penting.

Interaksi: Selepas persembahan anggota lain perlu berinteraksi iaitu sama ada bertanya atau memberi pandangan atau teguran jika salah. Proses ini mampu menjelaskan lagi masalah yang terdapat dalam topik tersebut serta dengan tidak secara langsung menguatkan lagi daya ingatan.

Rumusan: Setiap perbincangan perlulah dibuat rumusan sama ada dalam bentuk nota atau peta minda agar daya ingatan dapat dikekalkan.

Kejayaan kaedah belajar secara kumpulan ini banyak bergantung kepada disiplin diri setiap kumpulan. Setiap anggota kumpulan perlulah menumpukan perbincangan terhadap topik yang ditentukan tanpa gangguan.

Seorang anggota kumpulan perlulah dilantik untuk menyelaras aktiviti yang dijalankan agar ia lebih terancang dan berjaya memenuhi tujuannya. Bagaimanapun setiap anggota kumpulan perlu memainkan peranan masing-masing dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Sesungguhnya belajar secara kumpulan ini tidak memberi sebarang tekanan kerana ianya dijalankan secara mesra, ikhlas dan di ruang yang lebih lapang dan tidak terhad dalam bilik darjah sahaja.

reff: http://www.adap.com.my
Read more ...

Monday 13 June 2011

PENDAFTARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)


Bertempat di perkarangan Dewan Kuliah, IPG Kampus Keningau, para pelajar yang terdiri daripada guru-guru  yang ditawarkan mengikut PPG mendaftar seawal jam 8.00 pagi.  Tiga opsyen yang ditawarkan di IPG Kampus Keningau iaitu Bahasa Melayu Pendidikan Rendah, Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah dan TESL  yang melibatkan hampir  158 pelajar.  
 
Proses pendaftaran  yang berakhir pada jam 11 pagi itu disusuli dengan taklimat AKTA 174, Kurikulum, Pengisian Borang Perjanjian, Peperiksaan dan Pusat Sumber.  Sesi berakhir dengan taklimat Budaya IPG yang disampaikan oleh Encik Baharom bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau.

Interaksi pertama akan bermula pada 2 Julai 2011 (Sabtu).  Bahan taklimat kurikulum dan Kalendar Akademik boleh dimuat naik di menu PPG di laman ini.
Read more ...

Monday 16 May 2011

IPG KOMITED DALAM MENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Puan Penny mengetuai upacara memotong kek sempena sambutan Hari Guru
“Kementerian meletakkan harapan yang paling tinggi di bahu tuan puan selaku pemangkin transformasi untuk memastikan anak didik sentiasa diperlengkap dengan kemahiran dan pengetahuan pedagogi yang tinggi, elemen kemahiran berfikir, komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, dan keterampilan diri”, demikian sebahagian inti sari ucapan Puan Penny Lim, Pengarah IPG Kampus Keningau  sempena Sambutan Hari Guru Peringkat IPG yang diadakan pada 10 Mei 2011 bertempat di Dewan TSSK.

Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi itu dimeriahkan dengan persembahan para pelajar, penyampaian Anugerah Khas Pensyarah dan penyampaian cenderamata kepada Tutor kelas. Ikrar Guru yang diketuai oleh Encik Baharom bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah mengakhiri atur cara dalam dewan.   Meneruskan tradisi seperti tahun sebelumnya, jamuan turut dianjurkan di setiap kelas sebagai tanda penghargaan kepada para pensyarah selain menjalin kemesraan sesama warga IPG.

Kemeriahan Sambutan  Hari Guru diteruskan  pada sebelah petang dengan acara sukaneka.  Selain pensyarah,  Puan Pengarah dan Timbalan Pengarah  turut  mengambil bahagian dalam acara yang berakhir pada jam 5.30 petang itu.    
ANUGERAH KHAS PENSYARAH PILIHAN PELAJAR
A.    Pensyarah Paling ‘Sporting’
       1.    Encik Mazlan bin  Ngah (L)
       2.    Puan Annie Pilin (P)
B.    Pensyarah Paling Bergaya
       1.    Encik Mohd Firdaus bin Abd Salam (L)
       2.    Puan Phyllis Lim@ Nur Ain Shahira (P)
C.    Pensyarah Paling Ceria
       1.    Encik Joseph Yabai (L)
       2.    Puan Nora Anggas (P)
D.    Pensyarah Paling Penyayang
       Puan Norhayati binti Idris
E.    Pensyarah Paling Popular
       Cik Hajah Zainab binti Hj Nawab Khan
Read more ...

Monday 9 May 2011

PROFESION KEGURUAN PILIHAN UTAMA WARGA PEDALAMAN

Puan Penny Lim melayan para ibu bapa yang hadir menemani anak mereka
Ribuan remaja lepasan SPM menanti dengan penuh sabar giliran ditemu duga demi merealisasikan impian bergelar seorang guru. Seawal jam 7.00 pagi  perkarangan SMK Kemabong Tenom dipenuhi para ibu bapa yang menemani anak-anak mereka  untuk menghadiri Temu Duga Khas Pedalaman kursus PISMP ambilan Jun 2011.     Proses pendaftaran yang bermula pada jam 7.30 pagi itu disusuli dengan ujian INSAK, berakhir dengan  temu duga  kumpulan/individu pada jam 5.30 petang .  Puan Penny Lim, pengarah IPG Kampus Keningau yang mengetuai pegawai penemu duga menganggarkan lebih kurang seribu calon berjaya ditemu duga dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang proses temu duga dijalankan.
Temu Duga Khas ini bertujuan memberi peluang kepada calon-calon yang berkelayakan khususnya dari daerah Pedalaman memohon PISMP seterusnya di tempatkan di 27 IPG seluruh tanah air.  IPG Keningau dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru  bertanggungjawab mengendalikan  Temu Duga tersebut yang juga  diadakan di SMK Nabawan II, Nabawan. IPG Kampus Keningau  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya  kepada Pengetua SMK Kemabong,  warga guru serta pelajar yang telah  memberi layanan terbaik dan sentiasa menghulurkan bantuan sepanjang temu duga dijalankan.
Read more ...

Saturday 30 April 2011

ICT pupuk kemahiran abad ke-21




Bersama  Dr Norrizan Razali
SEBAGAI seorang penjaga, pendidik, atau pekerja di era ini, kebanyakkan dari kita memang tidak dapat lari daripada ungkapan-ungkapan berhubung kepentingan kemahiran abad ke-21.  Secara ringkasnya, pendidikan atau pembelajaran abad ke-21 berkitar pada pendapat bahawa persekolahan selama 150 lalu ialah ciptaan abad ke-19.

Persekolahan kini harus diubah seiring dengan permintaan ekonomi terkini. Sekolah, kemahiran dan pembelajaran yang direka untuk menyediakan pelajar untuk berkerja dan hidup di dalam ekonomi perindustrian perlu pemikiran baharu.
Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang.

Penekanan perubahan pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke-21 dengan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Tulisan saya kali ini bertujuan berkongsi pandangan berhubung peranan ICT dalam penguasaan kemahiran abad ke-21.

Bagi perkembangan individu dalam ekonomi digital, pelajar-pelajar memerlukan kemahiran abad digital. Peranjakkan pendidikan selari dengan abad ke-21 adalah penting untuk menyediakan pelajar untuk berhadapan dengan dunia di luar bilik darjah. Oleh itu, sistem pendidikan semestinya menghayati kemahiran abad ke-21 dalam konteks piawaian akademik yang teliti.

Pelbagai jenis kemahiran abad ke-21 telah dibincangkan.  Walau bagaimanapun, dalam tulisan ini, saya akan memberi tumpuan pada empat jenis kemahiran yang digariskan iaitu literasi digital, pemikiran kreativiti, kemahiran berfikir secara kompleks dan komunikasi interaktif .

Jelas bahawa kebanyakkan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital.
Literasi budaya dan kesedaran global turut menjadi tuntutan abad ke-21. Sememangnyalah literasi digital berhubung teknologi maklumat dan visual adalah menjurus kepada ICT. Dengan pengalaman menggunakan ICT, guru-guru dan pelajar boleh meningkatkan kemahiran tersebut. Literasi digital dalam konteks kemahiran abad ke 21 bermaksud keupayaan pengguna untuk menggunakan kemahiran tersebut dengan cekap dan berkesan.

Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari Internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai, dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga, kesedaran global di era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.

Pemikiran asas pencipta, kreativiti dan kemahiran berfikir secara kompleks dan komunikasi interaktif tersedia luas dalam persekitaran digital.  Walau bagaimanapun, guru haruslah berkemahiran menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memupuk daya mencipta, kreativiti dan pemikiran kompleks.

Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran tersebut. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran sejarah dan sains, misalnya, boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.

Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif di mana pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media social sepertie-mel, Facebook atau blog.

Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar; connectivity (penyambungan) seperti WiFi; rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter; enjin carian seperti Google dan Yahoo; dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

Kekangan sedia ada mungkin tidak membolehkan pelajar menggunakan teknologi bergerak (mobility) seperti talipon pintar di sekolah.  Namun pelajar-pelajar boleh menggunakannya di luar sekolah untuk mendapatkan maklumat dan berinteraksi mengenai projek.

Guru-guru bukan setakat perlu memahami persekitaran digital tetapi mempunyai kemahiran untuk mengintegrasikan teknologi digital tersebut dengan bersesuaian dalam aktivit pengajaran dan pembelajaran.
Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke 21 di kalangan pelajar-pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah.

Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula progam latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan, dan kemahiran abad ke-21.

http://www.adap.com.my
Read more ...

Thursday 28 April 2011

JASA DAN BAKTI JADI SEBUTAN, HILANG DI MATA DI HATI JANGAN




”Siapa sangka Tuan Haji Yaacob akan menamatkan perkhidmatannya di IPG Kampus Keningau, beliau sendiripun mungkin tidak pernah bermimpi akan mengakhiri kerjayanya di suatu tempat yang letaknya beribu batu jauh dari kampung halaman dan negeri kelahirannya” demikianlah antara petikan ucapan Puan Penny Lim@ Lim Sai Kiow, Pengarah IPG Kampus Keningau dalam majlis persaraan Tuan Haji Yaacob bin Ismail pada 15 April 2011 di Dewan Tan Sri Suffian Koroh.  Lebih istimewa lagi, majlis persaraan beliau turut diraikan bersama isteri tercinta yang kebetulan berada di Keningau.  Selain penyampaian cenderamata, pemotongan kek hari jadi  dan persembahan khas daripada para pelajar, Tuan Haji turut diarak menaiki kenderaan mengelilingi kampus.

Tuan Haji Yaacob bin Ismail mula berkhidmat di IPG Kampus Keningau pada 5 April 2010 sebagai pensyarah kanan DG54 dan ditempatkan di Jabatan Kajian Sosial.  Sebelumnya, Tuan Haji telah berkhidmat di IPG Kampus Kota Bahru selama lebih kurang 19 tahun dan menjawat beberapa jawatan penting termasuklah sebagai  Ketua Jabatan  Hal Ehwal Pelajar.  Sesungguhnya perkhidmatan beliau terlalu singkat di IPG ini, namun banyak sumbangan yang telah beliau berikan baik dalam bidang akademik, pengurusan dan kokurikulum. Mungkin para pelajar lebih mengenali Tuan Haji sebagai orang kuat dalam Unit Beruniform Pengakap atau sebagai pensyarah di Jabatan Kajian Sosial, tetapi sebenarnya beliau juga telah dipertanggungjawabkan menjalankan tugas Ketua Jabatan Kajian Sosial sejak awal tahun 2011, terlibat secara langsung dalam program-program IPG  misalnya Sambutan Jubli Perak dan Konvokesyen.  Dan pada saat menjelang persaraannya,  beliau tetap komited mengetuai Jawatankuasa Perancangan Strategik IPG.    Seluruh warga IPG Kampus Keningau  amat menghargai akan usaha dan sumbangan Tuan Haji . Semoga terus dianugerahkan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.
Read more ...

Monday 11 April 2011

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT DAERAH KENINGAU DAN PERINGKAT BORNEO 2011


26 Mac 2011- Saudara Mohd Hafizuddin bin Zinin dari PPISMP TESL Semester 2 , telah mewakili IPG Kampus Keningau ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Keningau dengan memenangi tempat kedua dengan hadiah RM250. Saudara M.Hafizuddin mendapat cabutan  pembacaan ke tujuh iaitu surah Hud bermula dari ayat 15 .Penyertaan peringkat Daerah ini adalah terbuka untuk masyarakat di sekitar Keningau yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Pejabat Daerah Keningau. Pertandingan ini diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Meninipir dan dirasmikan oleh Datuk Hj Sairin Bin Karno ADUN Liawan. Ini adalah kali pertama pelatih ini menyertai pertandingan Tilawah peringkat daerah dan umum. Beliau pernah mewakili Sekolah Rendah Pekan Kota Belud ke Peringkat Daerah (sekolah) pada tahun 2003. Tahniah.

1-3 Mac 2011- Pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Borneo 2011 telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah  anjuran Sekolah Pendidikan UMS  bertempat di Dewan Canselor. Pertandingan ini melibatkan semua IPTA, IPTS dan IPG di Sabah dan Sarawak.IPG Kampus Keningau telah menghantar Saudara M.Hafizuddin dan Saudari Norkumaladewi bin Muhammad Opsyen PISMP B.Melayu Semester 5. Cabutan pertandingan  kali ini adalah berbeza kerana peserta dikehendaki mencabut dua jenis lagu(bacaan al Quran) iaitu bagi saudara M.Hafizuddin ialah lagu Rast dan Sikah manakala Saudari Norkumaladewi ialah lagu  Sikah dan Jahikah manakala ayat bacaan adalah bebas. Saudara M.Hafizuddin mendapat cabutan undian ke 13 daripada 18 peserta manakala saudari Norkumaladewi  adalah peserta 14  dari 18. Saudari Norkumaladewi pernah mewakili IPG peringkat Kebangsaan. Beliau juga pernah mewakili Sekolah Kebangssan Agama  Majlis Islam Sarawak Sri Aman ke Peringkat. Di peringkat SMK (A) Tun Ahmad Zaidi Kuching di peringkat Bahagian. Kedua-dua wakil mendapat tempat sagu hati dengan memperolehi sijil penyertaan. Cuba lagi pada tahun hadapan.
Read more ...

Monday 21 March 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MELAKAR SEJARAH


IPG mencatatkan suatu lagi sejarah dalam dunia pendidikan negara apabila menganugerahkan ijazah sarjana muda perguruan  kepada graduan sulung Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2007.  Seramai 1,987 pelajar yang mengikuti latihan di 27 buah IPG seluruh negara telah berjaya menamatkan pengajian mereka pada November 2010.  Kesemua graduan ini telah pun ditempatkan di sekolah-sekolah rendah seluruh negara bermula pada 7 Februari lalu.

Istiadat konvokesyen yang berlangsung dengan penuh gemilang itu telah diadakan selama dua hari yang bermula pada 16 Mac 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merasmikan majlis tersebut menyeru agar guru mempertingkat dan melengkapkan diri dengan kemahiran asas sebagai pendidik dan memahami pengetahuan kandungan pedagogi.

"Justeru adalah penting untuk guru-guru memainkan peranan masing-masing ke arah membudayakan inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar. "Mereka mesti melengkapkan diri dari sudut keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek," katanya.

Seramai 19 graduan IPG Kampus Keningau  iaitu opsyen Bahasa Melayu Pendidikan Rendah hadir dan  menerima ijazah  masing-masing pada hari tersebut. Saudara Fawwas yang ditemui sebaik sahaja tamat penganugerahan menzahirkan kesyukuran kerana usaha selama lima tahun berakhir dengan kejayaan.  Lebih manis lagi katanya kumpulan mereka adalah perintis kepada PISMP. 

“Saya ingin membuktikan bahawa graduan IPG mampu mengalas cabaran di sekolah dan yakin bahawa jiwa pendidik semakin subur  dalam diri kami”.
Read more ...

Wednesday 23 February 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT IPG KAMPUS KENINGAU


E-mail Cetak PDF
14- 22 Februari 2011 – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IPG Kampus Keningau bermula pada tarikh tersebut dengan pengisian ‘amazing race’, pertandingan multimedia, pertandingan lukisan, kuiz dan pertandingan bercerita bagi kanak-kanak. 
 
Majlis penutupan sambutan ini ialah pada 22 Februari di Dewan Jubli Perak yang disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah En. Baharom Mohd Noor. ‘Amazing Race ‘ adalah suatu acara di mana pelatih dikehendaki melaksanakan suatu tugasan berdasarkan sunnah nabi contohnya cara makan mengikut sunnah Nabi dan sebagainya.. Pertandingan lukisan adalah menggambarkan kisah hidup Rasulullah.  
 
Pertandingan bercerita yang disertai oleh  8 kanak-kanak di bawah usia 12 tahun  yang terdiri dari anak-anak pensyarah dan staf adalah antara  acara yang menarik dimana peserta menunjukkan bakat bercerita yang tersendiri.
Read more ...

Wednesday 9 February 2011

Kenapa mengantuk waktu belajar?





OTOT-OTOT mata menjadi letih kerana terlalu memberi tumpuan kepada huruf-huruf atau formula-formula fizik atau matematik yang bersaiz font 12 atau kurang.

Sebab itulah ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk.

Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat.

Apabila mata terlalu mengantuk kita akan menjadi hilang tumpuan.

Akibatnya, tumpuan kita tersasar.

Ini cukup merugikan masa.

Kenapa mengantuk? Kenapa ketika bermain atau menonton televisyen mata kita tidak mengantuk?

1. Tidak cukup tidur.

Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi.

Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.

Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran.

Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan bersembang maya di Internet sehingga pagi.

Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.

Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini.

Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang belajar pintar bukan semata-mata kuat belajar.

2. Tidur yang berlebih-lebihan.

Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.

3. Makan terlalu banyak.

Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.

4. Badan terlalu letih.

Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda.

Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan.

Bermain bola pada waktu petang secara berlebih-lebihan. Berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.

Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul.

Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah mencukupi.

Ada pula sesetengah pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebih-lebihan.

Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar.

Pilih aktiviti yang paling anda minati. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan SPM anda kecundang.

Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang.

Oleh itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk pada malamnya.

5. Tiada minat belajar.

Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar.

Sebelum kita pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu?

Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.

Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tak minat sejarah? Tentulah tidak.

Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.

Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri.

Anda perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.


reff:http://www.adap.com.my
Read more ...