
Lebih kurang 250 peserta hadir yang terdiri daripada guru-guru, pegawai-pegawai pelajaran, pengetua, guru besar, pensyarah, ahli NGO dan para pelatih IPG kampus Keningau. Terdahulu dari itu, Encik Raisin bin Saidin, Pegawai Pelajaran Daerah Keningau dalam ucaptamanya yang bertajuk The Profesional Teacher menggariskan dasar-dasar pendidikan negara mutakhir ini serta tuntutan sebagai guru profesional. Pada sebelah petang pula diadakan forum yang dipengerusikan oleh Puan Kathryn Rivai, Education Consultant, ProVisi Education dan ahli panel yang terdiri daripada pembentang kertas kerja. Puan Penny Lim@Lim Sai Kiow, Pengarah IPG Kampus Keningau dalam ucapan penutupannya menyeru para peserta menjadikan wacana ilmiah itu sebagai landasan terbaik berkongsi pengalaman dalam meningkatkan kualiti diri serta amalan di bilik darjah.
No comments:
Post a Comment