SANTAPAN MINDA Oleh Dr. Ismail Zain
Bila kita menyebut perkataan ibadah maka sudah tentu ia meliputi usaha bakti yang dilakukan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Di dunia kita dituntut mencari ilmu sebagai persiapan mendapat rezeki yang halal. Mmanakala untuk kebahagiaan di akhirat kita diwajib mengerjakan segala perintah Allah termasuklah mengerjakan amalan puasa di bulan Ramadan yang mulia ini.
Sebagai seorang murid kita harus memenuhi kedua-dua keperluan ini di di dunia dan di akhirat. Anda tidak harus memberi alasan bahawa di bulan Ramadan ini proses pembelajaran tidak dapat dilakukan kerana keletihan. Sedangkan mencari ilmu itu adalah sebahagian daripada ibadah yang seharusnya kita lakukan.
Dalam hal ini setiap murid harus bersedia mengatur langkah untuk beribadah untuk kebahagian dunia dan kebahagiaan di akhirat di bulan Ramadan ini dengan lebih sempurna.
Jadual rutin seperti belajar di sekolah, menghadiri kelas tambahan dan mengulang kaji di rumah harus diteruskan macam biasa kecuali memerlukan sedikit perubahan masa.
Manakala kewajipan kita sebagai seorang Ialam yang seharusnya memperbanyakkan amalan di bulan Ramadan ini janganlah diabaikan, malah perlu dilipat gandakan.
Seperti yang telah tersedia maklum bulan puasa ini sudah tentu terdapat banyak cabaran. Hanya mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah mampu menempuh cabaran ini dengan rasa lega dan bangga diri.
Manalaka mereka yang tidak sanggup menerima cabaran ini akan terjerumus ke dalam lembah kehinaan. Sesungguhnya manusia ini akan menjadi hina jika ia tidak mempunyai ilmu dunia dan akhirat.
Seperti yang dijanjikan olah Allah setiap kebajikan yang dilakukan di bulan Ramadan ini akan dilipat gandakan pahalanya kepada kita, maka seharusnya ia menjadi satu motivasi kepada murid-murid untuk tidak melepaskan peluang membuat kebajikan sebanyak mungkin. Belajar dengan sepenuh hati tanpa dipaksa merupakan salah satu kebajikan dan diharapkan semoga Allah akan memberi kita ganjaran yang sewajarnya.
Menyedari hakikat ini setiap murid haruslah mengambil peluang untuk belajar bersungguh-sungguh tanpa memberi alasan yang boleh melemahkan diri sendiri. Untuk memudahkan proses belajar ini, murid-murid harus mempunyai jadual belajar yang sistematik, dan tersusun.
Berikan ruang untuk beribadah di waktu malam seperti menhadiri masjid atau surau untuk sembahayang sunat terawikh serta juga bangun pada waktu malam untuk mengerjakan ibadah qiamullial yang mempunyai terlalu banyak hikmahnya.
Janganlah disebabkan sedikit cabaran yang kita hadapi ini dijadikan satu alasan untuk berehat atau tidak mengerjakan segala tugas harian kita.
Semoga segala usaha yang kita lakukan ini direstui Allah dan digandakan ganjaran serta diberikan kejayaan sepertimana yang kita inginkan.

reff:http://www.adap.com.my